Keputusan SPM 2020

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2020

10 Jun 2021: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 telah diumumkan pada 10 Jun 2021. Setinggi tinggi tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2020! Semoga pencapaian yang cemerlang ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SMJK Sam Tet! Tahniah!

SPM 2020 merupakan ujian paling getir buat pelajar Tingkatan Lima selepas jadual peperiksaan ditunda manakala calon mengulang kaji pelajaran secara dalam talian susulan penutupan sekolah akibat penularan Covid-19.