Logo & BENDERA Sekolah
LOGO SEKOLAH
Logo SMJK Sam Tet direka oleh Bro. John Moh. Beliau ialah pengetua ke-4 di sekolah ini dan merupakan individu yang memegang jawatan pengetua paling lama dari tahun 1959 - 1992.
"S" daripada perkataan Sam membawa erti "tiga".
"T" daripada perkataan Tet membawa erti "sifat yang baik".
"Sam Tet" membawa erti "Tiga sifat yang baik", iaitu Kepercayaan, Harapan dan Kebajikan. (Faith, Hope, Charity)
"Bintang membawa erti "Kemakmuran dan Kemajuan".
Simbol Marist Brothers, sebuah Organisasi Gereja Katholik, juga terdapat dalam logo tersebut.
BENDERA SEKOLAH
Makna logo dalam bendera sekolah adalah sama dengan logo di atas, manakala warna-warna di atas bendera sekolah San Tet mewakili 3 nilai-nilai moral.
Biru - Amanah
Kuning - Harapan
Putih - Cinta
RUKUN SEKOLAH
KESETIAAN
Kesetiaan kepada Negara
Keprihatinan terhadap masyarakat
Menghormati ibu bapa
Menghormati guru dan sekolah
KEJUJURAN
Boleh dipercayai
Patuh kepada peraturan
Berkhidmat dengan penuh dedikasi
Bertanggungjawab
KETEKUNAN
Kesungguhan
Berpendirian teguh
Ketepatan matlamat
Ketabahan
KESEDERHANAAN
Merendah diri dan bersopan santun
Kesabaran dan penyayang
Pemikiran yang murni
Ketinggian moral (Kemuliaan moral)