KURSUS KEPIMPINAN PRS

KURSUS KEPIMPINAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA ( PRS ) SECARA ONLINE SESI 2021

Satu Kursus Pembimbing Rakan Sebaya telah dijalankan secara Online pada 5 dan 6 bulan Jun yang lalu. Kursus ditujukan kepada semua ahli PRS dari Ting 1 hingga 4 yang bersedia mengambil Ujian Kepimpinan PRS Tahap Bongsu. Seramai 42 peserta dan 10 ahli Jawatakuasa Induk bersama dengan 5 kaunselor sekolah turut terlibat dalam kursus tersebut. Objektif mengadakan Kursus PRS ini adalah membina satu kumpulan murid (PRS) yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif.


Kursus ini mengandugi 2 bahagian utam iaitu bahagian taklimat dan bahagian rekreasi Bahagian taklimat dikendalikan oleh kaunselor dengan 6 tajuk yang berkaitan dengan kaunseling manakala bahagian rekreasi dikendalikan oleh AJK Induk untuk memberi masa bermain bagi peserta kursus. Kursus ini dijalankan dengan lancar walaupun mengalami sedikit kekangan dari segi keadaan internet. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir atas sokongan dalam perlancaran program ini.

Adalah diharapkan dengan adanya PRS yang baharu akan dapat membantu pihak sekolah dalam menangani isu-isu yang berkaitan permasalahan murid. Dengan kerjasama pihak guru-guru, ibu bapa dan murid setempat, hasrat kita untuk menjadikan sekolah sebagai contoh kecemerlangan pendidikan.