Pancaragam Sekolah

UTAMA > KOKURIKULUM > UNIT BERUNIFORM > PANCARAGAM SEKOLAH

Pasukan Pancaragam Sekolah SMJK Sam Tet, atau lebih dikenali sebagai Sam Tet Brass Band, ditubuhkan pada 28 Februari 1973 oleh Encik Joseph Wong Ming Fah selaku bekas ketua guru penasihat pancaragam dengan sokongan Brother John Moh, mantan pengetua SMJK Sam Tet. Pada awal penubuhan, pasukan ini hanya terdiri daripada 39 orang ahli dari murid Tingkatan 1 dan 2. Namun begitu, sepanjang masa ini, pancaragam sekolah telah mengalami perubahan dan penambahbaikan dari segi jumlah ahli, alatan muzik dan kemudahan lain.

Pasukan ini pada mulanya dikenali sebagai Brass Band kerana kebanyakan alatan muzik dalam pasukan ini diperbuat daripada brass seperti Trumpet, Tuba, Euphonium dan sebagainya. Melalui penambahan alatan muzik dari semasa ke semasa, pasukan ini mula mempunyai alatan muzik Woodwind seperti Flute, Clarinet, Saxophone dan lain-lain. Walau bagaimanapun, demi mengekalkan nama pancaragam sejak penubuhan dan juga mengelakkan percanggahan, pasukan ini mengambil keputusan untuk mengekalkan nama Sam Tet Brass Band sehingga kini.

Pasukan ini berlatih dalam kedua-dua bidang Marching Band atau Wind Orchestra. Dalam bentuk Marching Band, ahli-ahli dikehendaki untuk berkawad kaki sambil bermain alatan muzik di sebuah tempat yang luas seperti padang, stadium dan jalan raya. Sam Tet Marching Band pernah mengambil bahagian dalam Pertandingan Kawad sempena Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak, Perak State Marching Band Championship (PSMBC) peringkat negeri 2019, Asia Junior Marching Band Championship (AJMBC) Peringkat Antarabangsa 2019 dan mencapai keputusan yang sangat baik. Salah satu pencapaian yang paling membanggakan adalah menjadi Johan Pasukan Pancaragam Negeri sebanyak 4 kali dalam 5 tahun terdekat ini. 

Dalam tempoh Covid-19 ini, pasukan ini telah menyertai pelbagai pertandingan virtual yang diadakan dalam talian dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pertandingan yang disertai termasuklah Asia Music Games, Pertandingan Solo Instrumental Wind Ensemble Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2021 dan Malaysia International Virtual Band Championships 2021. Jumlah pencapaian yang didapatkan oleh mereka ialah 23 Johan, 23 Naib Johan, 21 Ketiga, 10 Keempat, 7 Kelima, 7 Anugerah Emas, 14 Anugerah Perak dan 5 Anugerah Gangsa. 

Untuk bidang Wind Orchestra pula, bentuk ini adalah berbeza berbanding dengan Marching Band. Persembahan akan dijalankan atas pentas dan sebenarnya amat mencabar kemahiran ahli-ahli dalam bermain alatan muzik. Pertandingan berunsur Wind Orchestra yang pernah kami sertai adalah seperti Sultan Idris National Wind Orchestra Festival 2014-2016, Festival Kesenian Muzik Sekolah-Sekolah Malaysia Peringkat Kebangsaan 2018, Festival Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh Malaysia ke-21 2019 dan sebagainya. Antaranya, Sam Tet Wind Orchestra pernah merangkumi Persembahan Wind Orchestra Terbaik dalam SINWOF, MIWOF dan SBP Wind Orchestra.

Selain kedua-dua bentuk persembahan ini, pancaragam juga melibatkan diri dalam pelbagai sambutan seperti Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah, Persembahan luar sekolah, Hari Guru, Hari Graduasi, Hari Orientasi, Program Pertukaran dan sebagainya. Pasukan kami mengadakan konsert tahunan di dewan sekolah pada setiap tahun. Pada tahun 2019, kami telah mengadakan konsert “Artelites Rhapsody” yang telah mendapat sambutan hangat daripada penonton kami.

Pada tahun 2014, Nakamura Gakuen Girls’ School Band dari negara Jepun pernah melawati ke sekolah ini untuk menjalani aktiviti pertukaran bersama dengan ahli pancaragam sekolah. Pada tahun 2018 pula, Dervent Valley Concert Band (DVCB) dari negara Australia telah melawati ke sekolah ini untuk menjalankan program International Amity Music Exchange Programme & Concert (IAMEPC) bersama ahli pasukan Pancaragam. Tegasnya ahli-ahli yang terlibat dalam program pertukaran antarabangsa seperti ini dapat memperkayakan pandangan dan pengalaman mereka.

Di samping itu, ahli pancaragam sekolah dapat berpeluang untuk melancong ke luar negara dan menjalani aktiviti pertukaran dengan pasukan yang lain. Pasukan ini pernah menyertai Shanghai Spring International Music Festival (SSIMF) di Shanghai, China serta 2019 Seongnam Intrernational Youth Wind Festival di Seongnam, Korea Selatan dan menjalankan program pertukaran dengan pasukan pancaragam di negara tersebut pada tahun 2017 dan 2019. Seterusnya, ahli-ahli pancaragam juga telah melawati ke Thailand untuk menyertai persembahan Thailand World Music Championships 2022 dan program pertukaran dengan Suranaree Girls Wind Symphony dan Satit PIM Winds Symphony

Secara konklusinya, pancaragam sekolah merupakan sebuah pasukan yang menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang mampu menambah pengalaman dan mengurangkan stres murid. Pasukan pancaragam kini di bawah pimpinan ketua guru penasihatnya, Puan Hwong Wai Fong, dan Encik Lam Chee Choong selaku direktor muzik kami. Sementara itu, ahli jawatankuasanya terdiri daripada 24 murid Tingkatan 5 dan terdapatnya 118 ahli dalam pasukan ini yang termasuklah murid dari Tingkatan 1 - Tingkatan 5. Moto pasukan Pancaragam SMJK Sam Tet ialah “One Band One Sound”.