MESEJ Pengetua

Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua anak-anak peralihan dan tingkatan 1 sesi 2022/2023. Tahun ini ialah tahun yang sangat mencabar bagi seluruh dunia, termasuk negara kita juga yang begitu terkesan dengan pandemik COVID-19. Keadaan pada masa ini merupakan satu situasi yang sukar kepada semua dan perlu kita harungi bersama. Pihak sekolah telah bersedia dan akan buat yang terbaik untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak sepanjang masa di sekolah.


Anak-anak sungguh bertuah dapat belajar di sekolah yang begitu disegani kerana mereka akan dididik oleh guru-guru yang berdedikasi dan penuh dengan kasih sayang di dalam mahupun di luar bilik darjah. Ini jelas kelihatan dengan kehadiran yang mencecah hampir 96% walaupun kami menjalankan PDPR.


Anak-anak juga patut bersyukur kerana mempunyai ahli lembaga pengelola, ahli PIBG dan ahli alumni yang begitu kuat dan selalu menyediakan semua kemudahan, memberi sokongan kepada semua program dan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Ini jelas dapat dilihat dengan pencapaian-pencapaian dalam peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dikecapi walaupun berada dalam pendamik COVID-19.


Harapan sekolah adalah agar anak-anak akan buat yang terbaik, dengar dan patuh kepada semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah serta libatkan diri dalam aktiviti- aktiviti akademik serta kokurikulum secara aktif supaya anak-anak akan menjadi seorang insan yang syumul serta pemimpin negara yang disegani pada masa akan datang.


CHAN KOK WAI

Pengetua SMJK Sam Tet


欢迎所有2022/2023 届的预备班和初中一的新生们。今年对整个世界来说都是非常具有挑战性的一年,包括我国也受到 2019新型冠状病毒(COVID-19)疫情的影响。我们需要共同面对当前的艰难局势。校方已做好万全准备,尽最大的努力确保孩子们在校期间的安全。


孩子们应该觉得庆幸能在一所如此受人尊敬的学校学习,并能在课堂内外得到乐于奉献和充满爱心的老师们的教导。这一点能在学校的出席率显现出来,即使我校进行居家网课学习(PdPR),学生的出席率也达到接近 96%。


孩子们也应该感谢拥有如此强大的董事们、家教协会和校友们,他们总是提供所有的设施,支持校方进行的所有计划和活动。这一点能够从我校在2019 新型冠状病毒(COVID-19)疫情下在全国和国际等级取得的成就中体现出来。


校方希望孩子们能尽自己最大的努力,听从老师的教导并遵守学校制定的所有校规,踊跃参与学术和课外活动,以便孩子们能在未来成为一个全方位和受人尊敬的国家领导者。



三德中学校长

陈国辉校长